Polisi Privasi

Informasi yang Terkumpul
Kami hanya mengumpul maklumat yang diperlukan untuk prosedur pendaftaran atau semasa anda mengisi borang pendaftaran di laman web ini. Maklumat yang kami kumpulkan adalah dikemukakan secara sukarela oleh pelanggan kepada kami. 


Butiran Pengenalan Peribadi
Butiran pengenalan peribadi anda digunakan untuk memproses pesanan produk anda, mengubahsuai maklumat profil anda, penggunaan internal dengan keperluan undang-undang, mengemas kini status belanja online anda di laman web kami dan juga untuk mengemas kini pelanggan kami dengan berita terkini tentang sebarang perubahan, promosi dan acara. 

Kerahsiaan
Maklumat sulit anda seperti butiran kad kredit dan nombor akaun bank akan disimpan dengan selamat dan dikawal dengan ketat. Kami tidak akan berkongsi apa-apa maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga. Laman kami menggunakan aplikasi keselamatan yang sesuai untuk memastikan semua maklumat pelanggan selamat sepanjang masa.


Perubahan pada Polisi Privasi

Polytron Malaysia mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan pada kandungan polisi privasi tanpa memberikan sebarang notis kepada para pelanggan. Pastikan anda sentiasa melawati laman Polisi Privasi di laman web kami.

Keselamatan
Laman web syarikat kami menggunakan aplikasi keselamatan yang bersesuaian untuk mengelakkan butiran peribadi pengenalan diri pelanggan dari pihak ketiga, pendedahan haram dan penggodam. Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa sebarang maklumat yang dihantar melalui Internet TIDAK 100% dijamin selamat dan terjamin.

Copyright © 2021 Next Advance technology Sdn Bhd (1128781-P) . All rights reserved.eCommerce by SiteGiant